I made this widget at MyFlashFetish.com.

Tuesday, 14 August 2012

SelamAt Ali Layee :D

















Pantun Lawak Hari Raya dan Pantun Aidilfitri :

Lapar puasa terketar-ketar
Bila berbuka lega rasanya
Kad raya tak sempat nak hantar
Kiriman MMS pun dah kira grand lah ye..!

Anak Dolah makan lepat
Makan lepat sambil melompat
Nak hantar kad raya dah tak sempat
Pakai MMS pun kira ok what?

Lemah lembut tuan puteri
Berkain cindai cantik dipandang
Meriah menyambut Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang 

Udara dingin hening pagi
Tabuh bising mulakan hari
Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri

Tanpa mengira miskin kaya
Pangkat kedudukan hamba shaya
Sama-sama menyambut raya
Maaf-maafan dihari bahagia 

Aidilfitri hari kemenangan
Kejayaan menempuh halangan
Mengenali erti kesenangan
Bagi mereka yang kekurangan 

Aidilfitri hari kemaafan  
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakrapan

Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah 

Saidina Affan menyusun kata
Tutur peri yang aulia
Maaf-bermaafan sesama kita
Di Aidilfitri yang mulia 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Thursday, 1 March 2012

Friday, 13 January 2012

ciNta iTu MisTeRi ::

Cinta bukan boleh diberi rasa...
Cinta juga bukan boleh dijual...
Cinta itu misteri.. Cinta itu hadir sendiri..
Kita manusia tidak pernah tahu bila,sehingga bila dan sejauh mana cinta itu..
Cinta bermula dari mata turun ke hati. Cinta boleh terbit bila-bila masa saja walaupun buat pertama kali mata bertentang mata..
Cinta tidak perlu diucap.. Ia hadir secara misteri..
Cinta boleh digubal pelbagai cara... Umpama bola boleh dilambung ke sana ke mari..
Cinta juga seperti lautan, maha luar dan biru namun ia akan bergelora apabila taufan melanda..Cinta adalah segala perumpamaan di dunia ini.. Bagai angin, ia berhembus lunak tetapi perik apabila bertukar menjadi ribut..
Cinta itu misteri..
Cinta itu boleh buat manusia lupa,lalai dan lemah..
Cinta juga boleh buat manusia berjaya, tabah dan kuat..
Cinta itu misteri...